« Home | [Saturday Photo Flava] » | [Merdeka lah sangat] » | [senaman otak] » | [Balut] » | [checkmate] » | aku mengantuk » | [High and dry] » | [World cup feva] » | [Battle Royale] » | [Musim hujan] »

[Senja jumaat]

Azan maghrib sedang berkumandang ketika aku tengah melepak dalam bilik. Huh, penat gila..aku bangun dan jenguk tingkap. Aku nampak ada geng budak lelaki baru balik dari main bola, bising gila! Dah la lorong yang diorang lalu tu betul-betul sebelah bilik aku. Aku melirik ke hujung tingkap, nampak pasar malam dekat jalan belakang rumah aku..huh hingar bingar. Al-maklumlah pasar malam kan, lepas tu aku nampak empat lima orang budak perempuan gelak-gelak..suka sangat la tu. Tiba-tiba aku rasa pelik , baru aku sedar rupanya azan maghrib sedang berkumandang. Diorang semua ni tak reti nak balik semayang ke?

Aku bukannya nak jadi khatib, nak nasihat orang fasal semayang. Semayang atau tak itu hal diorang dengan tuhan, tapi aku cuma rasa sikit pelik lah.. Mak bapak diorang ni tak pernah ajar fasal hormat azan ke? Kalau nak bising-gelak sampai meninggal pun takde sapa nak pedulik, cuma bagi aku sebagai orang Islam kita kena ar hormat sikit orang azan. Refleksinya, kalau artis-artis berucap atas pentas pandai pulak nak senyap, respect la kononnya. Kalau awal-awal dah tak reti nak hormat azan, lagi 6-7 tahun macam mana pulak ? Taknak la jadik macam bekas orang melayu bernama Lina Joy tu, murtad dan cuba memurtadkan orang-orang sekeliling dia. Aku pun tak tau la apa fasal dia boleh jadi macam tu, dari cerita dia murtad fasal boyfriend dia bukan Islam. Jadi demi merealisasikan cinta diorang, dia pun amik keputusan untuk murtad.Betul atau tak betul tu Wallahualam, kalau bercinta sekali pun, jangan sampai jadi hamba cinta kerana cinta tak semestinya membawa kepada kebaikkan.

Berbalik kepada cerita orang azan tadi, susah sangat ke kita nak senyap dan hormat azan fasal jangka masa azan bukannya makan hari, berapa ratus saat je. Aku harap dan memang betul-betul berharap, supaya kita sebagai generasi-generasi yang mungkin terakhir di muka bumi ni, hormat lah agama kita. Ingat kita berada di mana, jangan turutkan nafsu sampai maruah dan agama kita tergadai. Kalau ada tersilap penyusunan ayat ataupun ayat aku tersusun tapi isi tak tepat, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Aku pun manusia biasa jugak, bisa buat silap bila bila ketika. Ok? Chill~

About me

  • I'm StonedRaiderz
  • From Kuala Lumpur, Malaysia
  • Live in Kuala Lumpur, a student in some college, graffiti writer, graphic designer wannabes, photographer wannabes but a real mankind in the making.
My profile