« Home | [senaman otak] » | [Balut] » | [checkmate] » | aku mengantuk » | [High and dry] » | [World cup feva] » | [Battle Royale] » | [Musim hujan] » | [Valley of chrome] » | [Karma police] »

[Merdeka lah sangat]

Bukak mata korang lepas tu tutup dan bukak balik. Sedar tak sekarang dah bulan Ogos ? Sekejap je eh, tak perasan pun. Setiap kitaran tahun pada 31hb Ogos, kita mesti keluar celebrate countdown merdeka betul tak ? Tak kira ar kat mana pun, Bukit Bintang, KLCC, Dataran, kat mana-mana pun sama jer semua orang duk sibuk celebrate merdeka. Bila sampai tahap macam ni mula la terbit di tajuk utama berita fasal kerosakkan akhlak remaja.

Betul ke semua ni
berlaku ? Memang betul pun benda-benda ni berlaku, kes rogol, kes pukul-bunuh, kes lumba haram, semuanya jadik pada malam merdeka. Iye ke ? Ye lah tu memang tak boleh nak dinafikan lagi, tapi apa yang menimbulkan rasa tak puas hati fasal kes-kes macam ni?. Kalau difikirkan balik, hanya segelintir jer budak-budak rosak akhlak tahap extreme ni, tapi sebab diorang ni semua dalam golongan remaja, maka semua remaja pun turut kena tempias beracun ni. Tapi betul ke remaja je yang terlibat dalam hal-hal macam ni sehingga diklasifikasikan sebagai terpengaruh dengan budaya luar?. Bagi aku bukan golongan remaja je yang terpengaruh dengan budaya luar ni. Tak percaya ? Cuba korang bukak mata dan minda korang sekali lagi seluas-luasnya. Kita amik contoh orang tua yang berharta, untuk mendapatkan sesuatu tender projek, mesti dia akan melobi dulu kan? Melobi projek tu budaya kita ke ? Jawapannya pastilah bukan, betul tak ?

Sebelum terlambat, antara benda-benda yang diklasifikasikan sebagai pengaruh budaya luar ialah clubbing. Nak kata remaja je yang terpengaruh dengan benda macam ni pun tak jugak, mana taknya cuba korang lalu depan kelab dangdut. Ada korang nampak remaja pergi dangdut ? Yang penuh kat situ siapa ? Orang tuaaa jugak..sebab tu la ada pepatah mengatakan 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.Remaja ke orang tua ke sama je rosaknya kalau masing-masing lena dibuai arus sampai tak sedar diri. Sebenarnya bukan tak sedar diri, tapi malas nak sedarkan diri sendiri.

Tujuan aku merencanakan hal ni, bukan la nak hentam sapa-sapa ataupun nak backing remaja-remaja rosak akhlak kat luar sana, cuma ada sikit rasa tak puas hati timbul sebab bila tiba masa-masa macam ni mesti golongan remaja
jugak yang dituding dengan kesalahan. Bagi aku, tak perlu menyalahkan sapa-sapa atau duk sibuk claim orang tu rosak akhlak ke terpengaruh budaya luar ke fasal setiap manusia mesti melalui zaman kejutan budaya, bukannya lama pun, kejap je. Bagi masa kat diorang untuk sedar, kesedaran tak boleh dipaksa sebab kesedaran akan datang sendiri. Lagipun manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan? Semua orang mesti melakukan kesilapan punya..

Ok lah, kalau ada salah silap bahasa,maafkan aku la eh. Serius aku takde tujuan nak hentam mana-mana pihak cuma, aku nak tonjolkan sikit realiti untuk dijadikan santapan korang. Ok Chalo~

About me

  • I'm StonedRaiderz
  • From Kuala Lumpur, Malaysia
  • Live in Kuala Lumpur, a student in some college, graffiti writer, graphic designer wannabes, photographer wannabes but a real mankind in the making.
My profile