Friday, August 11, 2006

[Senja jumaat]

Azan maghrib sedang berkumandang ketika aku tengah melepak dalam bilik. Huh, penat gila..aku bangun dan jenguk tingkap. Aku nampak ada geng budak lelaki baru balik dari main bola, bising gila! Dah la lorong yang diorang lalu tu betul-betul sebelah bilik aku. Aku melirik ke hujung tingkap, nampak pasar malam dekat jalan belakang rumah aku..huh hingar bingar. Al-maklumlah pasar malam kan, lepas tu aku nampak empat lima orang budak perempuan gelak-gelak..suka sangat la tu. Tiba-tiba aku rasa pelik , baru aku sedar rupanya azan maghrib sedang berkumandang. Diorang semua ni tak reti nak balik semayang ke?

Aku bukannya nak jadi khatib, nak nasihat orang fasal semayang. Semayang atau tak itu hal diorang dengan tuhan, tapi aku cuma rasa sikit pelik lah.. Mak bapak diorang ni tak pernah ajar fasal hormat azan ke? Kalau nak bising-gelak sampai meninggal pun takde sapa nak pedulik, cuma bagi aku sebagai orang Islam kita kena ar hormat sikit orang azan. Refleksinya, kalau artis-artis berucap atas pentas pandai pulak nak senyap, respect la kononnya. Kalau awal-awal dah tak reti nak hormat azan, lagi 6-7 tahun macam mana pulak ? Taknak la jadik macam bekas orang melayu bernama Lina Joy tu, murtad dan cuba memurtadkan orang-orang sekeliling dia. Aku pun tak tau la apa fasal dia boleh jadi macam tu, dari cerita dia murtad fasal boyfriend dia bukan Islam. Jadi demi merealisasikan cinta diorang, dia pun amik keputusan untuk murtad.Betul atau tak betul tu Wallahualam, kalau bercinta sekali pun, jangan sampai jadi hamba cinta kerana cinta tak semestinya membawa kepada kebaikkan.

Berbalik kepada cerita orang azan tadi, susah sangat ke kita nak senyap dan hormat azan fasal jangka masa azan bukannya makan hari, berapa ratus saat je. Aku harap dan memang betul-betul berharap, supaya kita sebagai generasi-generasi yang mungkin terakhir di muka bumi ni, hormat lah agama kita. Ingat kita berada di mana, jangan turutkan nafsu sampai maruah dan agama kita tergadai. Kalau ada tersilap penyusunan ayat ataupun ayat aku tersusun tapi isi tak tepat, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Aku pun manusia biasa jugak, bisa buat silap bila bila ketika. Ok? Chill~

Thursday, August 10, 2006

[Saturday Photo Flava]

Pada 5hb lepas, aku Butet dan Syai telah pergi ke Laman Seni untuk melawat kawan aku(madstoner) yang bukak counter kat sana. Pengunjung yang datang boleh tahan ramai jugak, itu pun fasal kami datang lambat. Di samping itu jugak, kitorang telah menjalankan sesi fotografi dekat kawasan balai seni ni. Korang usha la sendiri gambar-gambar yang kitorang tangkap. Kebanyakkannya disnap oleh Butet dan aku menjadi mangsa dengan diarah menjadi model yang tetap kacak di mata korang..hahahahaha


Dah penat jalan cuci muka dulu la..


Di hujung-hujung acara..


Kg. Baru


My Precious


Bersama kekasih tersayang

Begitulah ceriteranya, sebenarnya banyak lagi situasi yang berlaku tapi disebabkan aku sedang diserang penyakit di dalam perut yang kronik, aku tak berdaya nak menceritakan semuanya. Tengoklah esok-esok ke aku tambah lagi. Terima kaseh daun keladi, Esok-esok datanglah lagi. Chill~

Tuesday, August 08, 2006

[Merdeka lah sangat]

Bukak mata korang lepas tu tutup dan bukak balik. Sedar tak sekarang dah bulan Ogos ? Sekejap je eh, tak perasan pun. Setiap kitaran tahun pada 31hb Ogos, kita mesti keluar celebrate countdown merdeka betul tak ? Tak kira ar kat mana pun, Bukit Bintang, KLCC, Dataran, kat mana-mana pun sama jer semua orang duk sibuk celebrate merdeka. Bila sampai tahap macam ni mula la terbit di tajuk utama berita fasal kerosakkan akhlak remaja.

Betul ke semua ni
berlaku ? Memang betul pun benda-benda ni berlaku, kes rogol, kes pukul-bunuh, kes lumba haram, semuanya jadik pada malam merdeka. Iye ke ? Ye lah tu memang tak boleh nak dinafikan lagi, tapi apa yang menimbulkan rasa tak puas hati fasal kes-kes macam ni?. Kalau difikirkan balik, hanya segelintir jer budak-budak rosak akhlak tahap extreme ni, tapi sebab diorang ni semua dalam golongan remaja, maka semua remaja pun turut kena tempias beracun ni. Tapi betul ke remaja je yang terlibat dalam hal-hal macam ni sehingga diklasifikasikan sebagai terpengaruh dengan budaya luar?. Bagi aku bukan golongan remaja je yang terpengaruh dengan budaya luar ni. Tak percaya ? Cuba korang bukak mata dan minda korang sekali lagi seluas-luasnya. Kita amik contoh orang tua yang berharta, untuk mendapatkan sesuatu tender projek, mesti dia akan melobi dulu kan? Melobi projek tu budaya kita ke ? Jawapannya pastilah bukan, betul tak ?

Sebelum terlambat, antara benda-benda yang diklasifikasikan sebagai pengaruh budaya luar ialah clubbing. Nak kata remaja je yang terpengaruh dengan benda macam ni pun tak jugak, mana taknya cuba korang lalu depan kelab dangdut. Ada korang nampak remaja pergi dangdut ? Yang penuh kat situ siapa ? Orang tuaaa jugak..sebab tu la ada pepatah mengatakan 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.Remaja ke orang tua ke sama je rosaknya kalau masing-masing lena dibuai arus sampai tak sedar diri. Sebenarnya bukan tak sedar diri, tapi malas nak sedarkan diri sendiri.

Tujuan aku merencanakan hal ni, bukan la nak hentam sapa-sapa ataupun nak backing remaja-remaja rosak akhlak kat luar sana, cuma ada sikit rasa tak puas hati timbul sebab bila tiba masa-masa macam ni mesti golongan remaja
jugak yang dituding dengan kesalahan. Bagi aku, tak perlu menyalahkan sapa-sapa atau duk sibuk claim orang tu rosak akhlak ke terpengaruh budaya luar ke fasal setiap manusia mesti melalui zaman kejutan budaya, bukannya lama pun, kejap je. Bagi masa kat diorang untuk sedar, kesedaran tak boleh dipaksa sebab kesedaran akan datang sendiri. Lagipun manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan? Semua orang mesti melakukan kesilapan punya..

Ok lah, kalau ada salah silap bahasa,maafkan aku la eh. Serius aku takde tujuan nak hentam mana-mana pihak cuma, aku nak tonjolkan sikit realiti untuk dijadikan santapan korang. Ok Chalo~

Friday, August 04, 2006

[senaman otak]

Adoi penat penat, hari ni aku penat giler. Bukannya penat buat kerja ke apa, cuma hari ni aku penat berfikir. Tadi aku ada brainstorming dengan Butet dan jugak member baru aku, Madstoner namanya(aku tak pasti nama betul dia) . Kitorang ada projek sikit, harap2 jadik la projek ni..InsyaAllah. Erm korang apa cerita ? mana la member-member aku ni, semuanya dah hilang. Nak kata bz aku rasa sorang dua je kot yang bz, entah la..malas nak fikir sebab aku ada banyak lagi benda nak fikir. Finale exam pun lagi 2-3 minggu jer, buku pun tak baca habis lagi..Adoi harap-harap kali ni dapat score ar, pointer aku dah makin teruk ni sebab aku ada problem sikit 1-2 semester lepas. Hurm kat sini ada satu gambar baru aku snap, gambar aku dgn Butet ar ni. Kali ni aku nak tunjuk korang salah satu benda yang biasa berlaku kat KL, bukan kat KL jer kot, kat mana-mana pun benda ni mesti jadik punya. Korang baca sendiri la dialog pendek yang aku tulis tu, aku harap gejala kecil yang boleh membunuh masyarakat macam ni akan hilang la dari pandangan. Bukannya apa kan, sekarang ni budak pun dah boleh bunuh orang tua. Anak cina makan pengat...sendiri mau ingat..enjoy~

Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, August 02, 2006

[Balut]

Balut rokok daun bukan senang, tak semua org boleh balut. Biasanya sapa yang baru-baru belajar tu mesti bengang punya, yelah kan daun dia nipis jer..salah lipat sikit mesti koyak punya. Hahaha sebenarnye aku saja je berbual pasal rokok daun, pasal kawan aku tak reti balut rokok daun..heheheh. Em kat sini aku ada sikit artwork yang simple jer, 2 gambar dari event Tanchap Shah Alam, 1 lagi gambar yang aku edit balik 'eclipse moda' namanya..Chill~


Royale@Tanchap Shah Alam


Farouq@Tanchap Shah Alam


Eclipse Moda

About me

  • I'm StonedRaiderz
  • From Kuala Lumpur, Malaysia
  • Live in Kuala Lumpur, a student in some college, graffiti writer, graphic designer wannabes, photographer wannabes but a real mankind in the making.
My profile